Redone boleh tak guna no lama?
Ya! Sudah tentu, dengan redone anda boleh guna no lama anda
Guna nombor lama anda dan tukar kepada pelan yang lebih murah..
..atau daftar nombor baharu dengan pilihan sendiri
Bertukarlah ke RedONE sekarang!

9 sebab mengapa anda tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini

1. Jaringan panggilan PERCUMA yang menyeluruh
Tiada batasan dalam jaringan panggilan percuma anda. Anda boleh membuat panggilan PERCUMA dengan semua pengguna nombor talian redONE.

2. Komitmen bulanan terendah
RedONE menawarkan pelan pasca bayar dengan komitmen bulanan paling rendah di pasaran - RM8 / sebulan, tanpa caj tersembunyi atau syarat kelayakan.

3. Perkongsian komitmen bulanan
Anda boleh berkongsi komitmen bulanan anda dengan orang lain dalam satu kumpulan. Lebih berbaloi, bukan?

4. Kawalan kos bil telefon
Dengan had kredit yang fleksibel, anda tentukan berapa ringgit ahli atau keluarga anda habiskan setiap bulan untuk bil panggilan, bermula daripada RM50. Anda dapat melihat perincian bil mereka yang dihantar ke alamat e mel anda.

5.Kadar yang sama rata
Untuk panggilan ke talian selain RedONE, anda hanya dikenakan kadar caj panggilan yang sama sepanjang hari, setiap hari. Tiada kekeliruan dari segi waktu puncak atau tidak dan tiada syarat kelayakan. Hanya kadar yang lebih rendah untuk anda nikmati.

6. Caj internet mudah alih yang rendah
Hanya pada kadar 10 sen setiap MB, anda menikmati kadar caj data yang 100 kali ganda lebih murah berbanding apa yang ditawarkan pengendali lain. Jadi, anda boleh melayari internet dengan tenang tanpa gangguan.

7. IDD premium yang murah
Anda boleh membuat panggilan luar negara ke sepuluh destinasi IDD popular secara langsung pada kadar 18 sen seminit sahaja. Anda tidak perlu bersusah-payah mendail sebarang nombor sambungan. Tiada lagi kualiti panggilan VoIP yang teruk seperti sebelum ini.

8. Pengguna yang telah disenarai hitam diterima
Tidak dapat mendaftar pelan panggilan baharu kerana nama anda sudah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi? Sudah penat membayar kos pra bayar yang tinggi dan bosan dengan rutin menambah baki kredit setiap minggu? Selamat datang ke dunia REDtone Mobile!

9. Tiada lagi tempoh kontrak yang panjang
Kami tidak mengikat anda sehingga dua tahun dan mengenakan kadar denda yang tinggi. Kami berikan anda kadar yang rendah dengan tidak menjerat anda. Kami tetap dengan prinsip ini walaupun kami giat menjalankan promosi.